Ahad, 9 Disember 2012
Taklimat Mengenai Kemudahan Sebagai Ahli YGMB
AKTIVITI KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN BPSH
Tarikh : 07 Disember 2012
Tempat : Dataran Kemboja
Taklimat mengenai kemudahan sebagai ahli YGMB telah disampaikan oleh wakil dari YGMB selepas Perhimpunan Bulanan BPSH Bulan Disember 2012. Pelbagai kemudahan yang menarik ditawarkan kepada semua ahli YGMB. Semua kemudahan yang disediakan oleh YGMB ternyata amat menguntungkan kepada semua ahli tidak kira dari kalangan Guru atau Anggota Kumpulan Pelaksana. Sudahkah anda menjadi ahli? Jangan berlengah lagi. Rebutlah peluang keemasan ini.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web YGMB yang telah disediakan di dalam blog ini.
Khamis, 6 Disember 2012
PERHIMPUNAN BULANAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN BAGI BULAN DISEMBER 2012
Tarikh : 7 Disember 2012
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dataran Kemboja
Aturcara Majlis
8.30 am :
Bacaan Yassin
Kata Aluan Pengacara Majlis
Nyayian Lagu Negaraku & Lagu Wilayah Persekutuan
Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Rukun Negara
Laporan Badan Kebajikan & Laporan Puspanita
Refleksi
Penyampaian Anugerah 5S Bulan November
Ucapan Pengarah BPSH
Nyayian Lagu BPSH
Majlis Bersurai
Jamuan Ringan
Selamat Bertugas kepada semua Urusetia di Sektor SPKICT ....
Khamis, 22 November 2012
Mesyuarat Kewangan Sektor BPSH Tahun 2012
Asssalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Tarikh : 22 November 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Ahli Mesyuarat : Semua Pegawai Kew Sektor & Pembantu Tadbir ( Penyedia Nota Minta)
Pengerusi : KU Kewangan BPSH
Tujuan Mesyuarat :

Terima kasih kepada semua yang hadir.
-Admin Unit Kewangan BPSH-
Tarikh : 22 November 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Ahli Mesyuarat : Semua Pegawai Kew Sektor & Pembantu Tadbir ( Penyedia Nota Minta)
Pengerusi : KU Kewangan BPSH
Tujuan Mesyuarat :
1. Penyelarasan bersama Pegawai Kewangan Sektor, Pembantu Tadbir di setiap Sektor (Penyedia Nota Minta) serta semua staff unit Kewangan BPSH.
2. Mesyuarat ini juga adalah bertujuan membincangkan mengenai tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai Kewangan Sektor / Pembantu Tadbir Sektor dalam menyelesaikan urusan pembayaran LO / invois di sektor masing-masing khususnya dan mengelakkan berlakunya pembayaran di bawah AP58(a) amnya.
3. Menyediakan Waran Talik Balik bagi peruntukan aktiviti sektor yang tidak dapat dilaksanakan sehingga hujung tahun ini
4. Peringatan kepada SOP sedia ada bagi penyediaan nota minta bagi makan dan minum serta pakej.
5. Hal-hal lain.
Terima kasih kepada semua yang hadir.
-Admin Unit Kewangan BPSH-
Ahad, 11 November 2012
Pengurusan Kewangan Peribadi
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..
Pengurusan kewangan peribadi dilihat sebagai satu aspek paling penting bagi memastikan kewangan anda terus berada di 'landasan' yang betul dan terkawal. Kegagalan dalam membuat perancangan kewangan akan membawa kepada pertambahan liabiliti ataupun hutang dan seterusnya boleh mengakibatkan anda muflis. Bertitik tolak dari persoalan tersebut, Admin Unit Kewangan terpanggil untuk berkongsi dengan anda serba ringkas mengenai Panduan Menguruskan Kewangan Peribadi.
Secara umumnya, Panduan Pengurusan Kewangan ini terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu Perancangan Kewangan, Simpanan dan Pelaburan. Secara ringkasnya, 4 langkah yang boleh anda ambil dalam membuat perancangan kewangan iaitu :
1. Menetapkan matlamat kewangan anda
2. Jejaki ke mana perginya wang anda
3. Menilai tabiat berbelanja anda
4. Menulis rancangan perbelanjaan anda
Kebanyakkan kita selalunya menentukan jumlah tabungan menggunakan fomula seperti berikut :
PENDAPATAN - PERBELANJAAN = SIMPANAN / PELABURAN
Sebenarnya cara tersebut tidak begitu tepat sekiranya anda merancang untuk memulakan simpanan atau tabungan. Dalam konteks ini, anda harus menentukan berapakah perancangan tabungan yang sepatutnya anda simpan setiap bulan dan bukannya menetapkan berapa banyak 'target' perbelanjaan yang akan dibuat setiap bulan. Jika anda tiada perancangan berapa jumlah tabungan anda setiap bulan , sudah tentu anda akan mengalami satu tahap di mana perbelanjaan melebihi pendapatan. Kesan yang lebih teruk lagi adalah berlakunya defisit.
Gunakan formula yang sepatutnya iaitu :
PENDAPATAN - SIMPANAN / PELABURAN = PERBELANJAAN
Dengan cara ini anda akan dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang anda perolehi setiap bulan.
Pelaburan adalah salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan anda. Bagaimanapun, sebelum anda ingin membuat sebarang pelaburan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengenalpasti risiko yang bakal akan anda hadapi dan pulangan yang anda akan perolehi daripada pelaburan tersebut. Semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko yang anda akan hadapi.
Sila klik pautan di bawah bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut :-
Panduan Mengurus Wang Anda
Sekian dari Admin Unit Kewangan
Rujukan : www.bankinginfo.com
http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/mengurus_wang_anda.pdf

Jumaat, 26 Oktober 2012
Dari meja admin blog Unit Kewangan BPSH
Blog Unit Kewangan BPSH ini adalah merupakan blog informasi kewangan yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan berkaitan kewangan kepada semua warga Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Segala informasi yang disediakan di dalam blog ini, diharapkan ianya dapat membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada warga Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mengenai prosedur dan tatacara pengurusan kewangan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai di Unit Kewangan BPSH melalui e-mail : kewbpsh@gmail.com.
Sekian.
-Admin Blog Unit Kewangan BPSH-
Baca Seterusnya....
Sekian.
-Admin Blog Unit Kewangan BPSH-
Baca Seterusnya....
Langgan:
Catatan (Atom)