Khamis, 22 November 2012

Mesyuarat Kewangan Sektor BPSH Tahun 2012

Asssalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tarikh : 22 November 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Ahli Mesyuarat : Semua Pegawai Kew Sektor & Pembantu Tadbir ( Penyedia Nota Minta)
Pengerusi : KU Kewangan BPSH
            
Tujuan Mesyuarat :
1. Penyelarasan bersama Pegawai Kewangan Sektor, Pembantu Tadbir di setiap Sektor (Penyedia Nota Minta) serta semua staff unit Kewangan BPSH.
2. Mesyuarat ini juga adalah bertujuan membincangkan mengenai tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai Kewangan Sektor / Pembantu Tadbir Sektor dalam menyelesaikan urusan pembayaran LO / invois di sektor masing-masing khususnya dan mengelakkan berlakunya pembayaran di bawah AP58(a) amnya.
3. Menyediakan Waran Talik Balik bagi peruntukan aktiviti sektor yang tidak dapat dilaksanakan sehingga hujung tahun ini
4. Peringatan kepada SOP sedia ada bagi penyediaan nota minta bagi makan dan minum serta pakej.
5. Hal-hal lain.

 


                     
                                   



Terima kasih kepada semua yang hadir.

-Admin Unit Kewangan BPSH-



Ahad, 11 November 2012

Pengurusan Kewangan Peribadi

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pengurusan kewangan peribadi dilihat sebagai satu aspek paling penting bagi memastikan kewangan anda terus berada di 'landasan' yang betul dan terkawal. Kegagalan dalam membuat perancangan kewangan akan membawa kepada pertambahan liabiliti ataupun hutang dan seterusnya boleh mengakibatkan anda muflis. Bertitik tolak dari persoalan tersebut, Admin Unit Kewangan terpanggil untuk berkongsi dengan anda serba ringkas mengenai Panduan Menguruskan Kewangan Peribadi.

Secara umumnya, Panduan Pengurusan Kewangan ini terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu Perancangan Kewangan, Simpanan dan Pelaburan. Secara ringkasnya, 4 langkah yang boleh anda ambil dalam membuat perancangan kewangan iaitu :

1.  Menetapkan matlamat kewangan anda
2.  Jejaki ke mana perginya wang anda
3.  Menilai tabiat berbelanja anda
4.  Menulis rancangan perbelanjaan anda

Kebanyakkan kita selalunya menentukan jumlah tabungan menggunakan fomula seperti berikut :

PENDAPATAN - PERBELANJAAN = SIMPANAN / PELABURAN

Sebenarnya cara tersebut tidak begitu tepat sekiranya anda merancang untuk memulakan simpanan atau tabungan. Dalam konteks ini, anda harus menentukan berapakah perancangan tabungan yang sepatutnya anda simpan setiap bulan dan bukannya menetapkan berapa banyak 'target' perbelanjaan yang akan dibuat setiap bulan. Jika anda tiada perancangan berapa jumlah tabungan anda setiap bulan , sudah tentu anda akan mengalami satu tahap di mana perbelanjaan melebihi pendapatan. Kesan yang lebih teruk lagi adalah berlakunya defisit.

Gunakan formula yang sepatutnya iaitu :

PENDAPATAN - SIMPANAN / PELABURAN = PERBELANJAAN

Dengan cara ini anda akan dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang anda perolehi  setiap bulan.

Pelaburan adalah salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan anda. Bagaimanapun, sebelum anda ingin membuat sebarang pelaburan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengenalpasti risiko yang bakal akan anda hadapi dan pulangan yang anda akan perolehi daripada pelaburan tersebut. Semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko yang anda akan hadapi.

Sila klik pautan di bawah bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut :-
Panduan Mengurus Wang Anda

Sekian dari Admin Unit Kewangan

Rujukan : www.bankinginfo.com


http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/mengurus_wang_anda.pdf